Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Pn Ashikin Hashim - 10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut
(Catatan saya semalam sebelum tidur).
Kehidupan sebagai suri bekerjaya memang amat mencabar. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 12:15 tengah malam. Pakaian yang hendak dilipat masih berbaki. Aktiviti melipat pakaian terpaksa dihentikan sementara untuk berehat/tidur. Esok pagi masih perlu tenaga untuk aktiviti awal pagi, menguruskan anak-anak ke sekolah, suami dan diri sendiri ke tempat kerja. Kerap kali, bila sudah kepenatan balik dari pejabat, memasak, mengemas rumah dan sebagainya, pakaian sekolah dan pejabat diseterika sebelah pagi. Itulah juga masa nak solat subuh, sidai pakaian, kejutkan anak-anak ke sekolah, buat sarapan dan bekalan, nak bersiap-siap ke pejabat dsbnya. Untuk saya, perancangan kerap kali gagal. In Shaa Allah, mesti diperbaiki...
Pagi ini, menjengah sebentar di facebook untuk kemaskini, terjumpa dengan artikel di bawah oleh Pn Ashikin Hashim. Niat dihati untuk menyimpan dan mengamalkan tip-tip yang diberi bagi membantu kerja-kerja di rumah, di samping untuk memanjangkan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.
Artikel Pn. Ashikin Hashim ini memang mengena pada diri saya sendiri. Seolah-olah memang tahu apa yang saya alami selama ini. Semoga ianya bermanfaat juga bagi rakan yang lain.
10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut
Dunia
boleh jadi terbalik jika menguruskan anak lebih-lebih lagi di awal pagi. Sama
ada seorang ibu itu bekerja mahu pun suri rumah, menguruskan anak tetap
mencabar bagi seorang ibu. Tanpa persediaan dan perancangan yang baik, mana
mungkin sebuah rumah dapat diuruskan dengan baik dan tersusun. Berikut adalah
tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut.
1. Siapkan barang
pada malam sebelumnya
Menyiapkan
barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada
malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Ini dapat
memastikan kita bangun dengan tenang tanpa perlu bergegas dan berpeluh
menyiapkan segalanya di awal pagi.
Bila
semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi
impak pada mood hari itu. Bayangkan terkejar-kejar sehingga berpeluh, tentu
sekali tidak selesa. Hal ini akan terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Dan
perkara ini berulang lagi setiap hari.
2. Bangun awal
Ibu
perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang
paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah
yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun
sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.
3. Sediakan jadual
Jadual
apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual
mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan
segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.
4. Tunggu anak
tidur
Ambil
peluang ketika anak sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka
tidak menggangu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap
seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya. Sambil-sambil layan movie di
Astro, sedar tidak sedar, sudah siap lipat satu bakul kain baju.
5. Sediakan menu
Pening
memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa
memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal
di dinding untuk menu seminggu dan ini akan memudahkan kerja ibu. Ada ibu yang
hanya beli roti putih Gardenia atau roti krim Delicia perasa coklat. Kononnya,
mudah untuk anak makan setiap pagi.
Benar,
niat itu memang murni, tidak mahu anak lapar. Sebaliknya, bayangkan dari segi
psikologi anak pula. Walaupun anak tidak kata apa-apa, dalam hati mereka
terdetik, “Asyik-asyik
bagi roti krim ni. Dah muak laaa. Mama ni tak nak masak apa-apa ke untuk
breakfast?”
6. Kerjasama suami
Tanpa
bantuan ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan
keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan
menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asyik biarkan
isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu
gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan gosok baju suami.
Jika
suami tidak pandai gosok baju cantik-cantik, apa salahnya tolong basuh baju dan
sidai baju? Kenapa mesti malu?
7. To-Do-List
Salah
satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat
senarai untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan
yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu lihat dan
agar tidak lupa.
8. Outsource
Jika
ada sesuatu kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain
untuk melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju
atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban ibu. Jika
tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian, boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung
minggu. Ambil 2 orangmaid sekaligus, selama 4 jam.
Suami
pula, jangan elakkan diri dari buang sampah dalam tong sampah. Jangan buat-buat
tidak tahu bila sampah menimbun, sampai isteri tarik muka!.
9. Gunakan
teknologi terkini
Dengan
teknologi yang semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu
tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang
secara on-line. Contohnya, jika berada di kawasan bandar, boleh cuba buat
pesanan dengan Tesco Online. Mungkin ibu boleh cuba sekali sekala!
10. Didik anak
ringan tulang
Ibu
seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak
agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju
kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang
dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.
Perkara-perkara
kecil boleh serahkan pada anak, seperti cuci bilik air. Walaupun mungkin akan
cuci tidaklah sebersih mana, paling tidak dia tahu erti tanggungjawab.