Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Monday, April 13, 2015

SELAGI TERDAYA...

Teks : Zurina Julaihi

Foto : Google image.


Selagi terdaya...mengharungi kehidupan. 

Memang tidak dinafikan kebanyakkan ibu bapa lain pun mengalami pengalaman yang sama dalam mencaturkan masa mengurus kerjaya dan keluarga.

Hari ini buat pertama kalinya aku makan tengahari bersama anak-anak di sekolah. Kebiasaannya, waktu makan tengahari, anak-anak akan dijemput dari sekolah dan dibawa balik ke rumah untuk makan tengahari. Namun ini dirasakan meletihkan untuk anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak terpaksa bergegas makan dan berkemas semula untuk ke sekolah semula. Begitu juga aku. Bergegas menghidangkan lauk-pauk yang dibeli dari kedai untuk suami dan anak-anak. Makan dan menyediakan pakaian mereka untuk ke kelas KAFA dan kelas tambahan sekolah. Memang terasa tercungap-cungap. 

Oleh itu, hari ini mencuba satu kelainan di mana makanan dibawa terus ke sekolah dan di makan bersama anak-anak di sekolah sahaja. Itu pun dalam keadaan berkejar dengan masa. Aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana punyai seorang kakak yang perihatin yang telah menyediakan segalanya untukku bawa ke sekolah. Aku hanya singgah di rumah emak untuk mengambil keperluan dan makanan dan terus dibawa ke sekolah. 

Aku dan anak-anak rasa seronok, lega dan berkesempatan untuk menghela nafas seketika sambil menikmati makanan tengahari kami di tempat makan khas, berhampiran kantin sekolah. Anak-anak nampak lebih bersemangat kerana tidak lambat lagi ke kelas KAFA dan kelas tambahan. Mereka pun tidak letih untuk berulang alik seperti sebelum ini. Masa untuk makan tengahari ini hanya lebih kurang 30 minit, sebelum aku kembali ke pejabat untuk solat zohor dan masuk bertugas semula.

Walaupun demikian aku amat bersyukur atas nikmat serta kemudahan, ketenangan dan rasa bahagia yang Allah SWT kurniakan meskipun dalam suasana bekejar dengan masa.

Aku tidak berkesempatan mengambil gambar-gambar 'ekspres' kami kerana memang tidak memperuntukkan masa untuk selfie atau wefie ya ;). Maaf kupohon.

Beginilah lebih kurang keadaan kami makan di sekolah. Ini gambar dari Google ya. Bukan gambar kami sebenar.



Tuesday, March 31, 2015

aku dan diriku

Teks : Zurina Julaihi

Foto : Google

Ini cerita minggu lepas-lepas...


Ya Allah...letihnya aku rasakan.... Tugasan di pejabat sudah reda. Beberapa hari ini, aku telah menempuhi pelbagai hal yang aku terpaksa menghadapinya. 


Buat mengingati diri.
"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan ku. Ya Allah perkenankanlah doa permohonan ku.."






Monday, March 30, 2015

KALAU KESIBUKAN DAH DATANG..

Teks : Zurina Julaihi

Haaaa...choo..... (ala-ala orang bersin) Alo..lo.. kesian blog akak..dah berapa hari tidak dikemas... 

Akak sibuk sangat..bila dah malam menjelma bateri akak pun flat dah, tu yang tak sempat nak kemas dan sapu blog akak ni.

Anyway and anyhow life must goes on... kita buat je sehabis baik, tolong je gembirakan orang sehabis mampu...kerana Allah SWT..hanya mengharapkan kasih Allah SWT...






Monday, March 23, 2015

DATANG KERJA @ TIDAK

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Koleksi majalah peribadi


Anda berasa tidak sedap badan. Daripada gatal tekak biasa, ia berubah menjadi batuk yang teruk dan suhu badan berubah. Masih perlu ke pejabat atau duduk saja di rumah?

Di bawah dicadangkan situasi bila masa anda perlu duduk dan berehat di rumah.

- Anda batuk dan bersin yang teruk.

- Anda demam.

- Anda menggigil dan kesejukkan.

- Tubuh dan sendi rasa sakit.

- Pekerjaan mendedahkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Saturday, March 21, 2015

TIPS MENJAGA KHASIAT JUS

Teks: Zurina Julaihi

Hanya sebagai informasi bersama :


  • Untuk mengelakkan khasiat jus hilang begitu sahaja, sebaiknya minum jus serta merta selepas dikisar.
  • Jangan ditinggalkan pada suhu bilik. Jika ingin menyimpan lebihan jus tersebut, simpan dalam peti sejuk dan pastikan diletakkan dalam bekas kedap udara. Untuk memastikan khasiat jus tidak tercemar, ia hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 hari.
  • Semakin lama jus didedahkan kepada persekitaran, semakin banyak zat akan mengalami proses pengoksidaan yang akan menyebabkan zat-zat ini akan semua hilang. 
  • Sebaiknya menggunakan bekas yang sesuai untuk satu hidangan (untuk diminum untuk seorang) berbanding dengan jag besar. Ini dapat mengelakkan keracunan makanan atau pencemaran bakteria sekiranya penutup bekas dibuka dan ditutup setiap kali ingin meminumnya.
  • Jus mudah terdedah dengan pembiakkan bakteria kerana jus adalah cecair dan mengandungi gula semulajadi. Oleh itu, ia menjadi tempat yang sangat kondusif untuk bakteria membiak.

Wednesday, March 18, 2015

LAKSAM YANG MENYELERAKAN ...

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Tahrunnisah Jali

Meskipun ramai yang dah tahu tentang resepi laksam, tetapi saya tetap mahu menyimpannya di blog saya ini untuk rujukan diri sendiri dan rakan-rakan lain yang memerlukan resepi ini. Manalah tahu ada ketikanya nanti tergerak nak mencuba resepi ini ;) Maaf sebab susunan gambar tak berapa nak cantik sebab belum mahir letak gambar lebih :( Sebenarnya saya dah beberapa kali menikmati laksam ni. Pada mulanya, adik ipar yang perkenalkan, dia yang masak dan sediakan bahan-bahan dan jemput kami dan ahli keluarga lain makan di rumah mertua. Yang adik ipar buat tu, tak bergulung tapi dalam bentuk mi. Rasa tetap sama dengan kuah isi ikan yang lemak lagi berkrim..slurppp...sedap. In Shaa Allah nak buat sendiri nanti.. jadi nak makan berapa banyak pun tak kisahkan.. emm...sedapnya..tengok gambar pun rasa lapar...















Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak
campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus

Friday, March 13, 2015

KELEBIHAN BERGANDA DETOKS TUBUH DENGAN 'INFUSED WATER'

Teks : Zurina Julaihi

Foto : ambik dari En. Google ;)

Selain bersenam dan menjaga pemakanan, trend gaya hidup sihat yang kini cukup popular ialah infused water. Cukup terkenal di kalangan para selebriti, infused water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum dinikmati.

Infused water berguna untuk detoksifikasi. Seperti yang anda ketahui detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan  menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, rasa yang menyegarkan membuatnya tidak membosankan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana saja. 

Agar anda mendapatkan manfaat detoksifikasi yang berlipat ganda, di bawah dicadangkan beberapa jenis buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.



LEMON

Air dengan campuran hirisan buah lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga anda berasa lebih segar. Untuk membuatnya, anda hanya perlu menghiris beberapa biji lemon dan menambahkan beberapa liter air putih ke dalamnya. 

PUDINA

Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air anda menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak ditambah gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu 'menenangkan' perut dan melancarkan pencernaan. 

TIMUN

Timun tak cuma bermanfaat untuk kulit dan mata. Sebab, infused water timun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh. 

HALIA

Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem tubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga 'menenangkan' perut.


Thursday, March 12, 2015

ALAMAK, TERLUPA!

Teks : Zurina Julaihi

Siapa yang pernah tidak terlupa? (Cuba angkat tangan? ) Mustahil sama sekali. Namun itu bukanlah masalah. Ia menjadi masalah apabila, kita kerap terlupa (macam aku) atau merasa cukup terseksa apabila cuba mengingati sesuatu! (taklah kronik sangat ke tahap terseksa..)

Mengapa demikian keadaannya? Antara yang dikenalpasti ialah kadar gula yang tinggi. Jadi sekiranya anda memiliki sejarah keluarga yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah sekiranya dikawal pengambilan gula. Lakukan juga ujian darah secara berkala selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman, paling efektif - berjalan kaki.  

Oh...gula tinggi pun boleh menyebabkan lupa... Baru tahu ni. Aku memang boleh dikatakan banyak juga mengambil gula setiap hari. Contoh minuman soda, sirap, kuih-muih, minuman 3 dalam 1 dsbnya lah... Hemh.. dah tahu ni kena cuba kurangkan pengambilan gula lah... tak nak manis-manis lagi...

Senyum manis boleh ..heheh...




Tuesday, February 24, 2015

RESIPI GORENG RANGUP & SOS PENCICAH MUDAH

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Tahrunnisah Jali



Resepi bancuhan adunan tepung rangup ( semua jenis gorengan termasuk pisang dan cempedak)
1 1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tpg jagung
1 biji telor saiz kecik
sedikit garam
sedikit gula
pewarna kuning (jika guna kunyit - tukar jadi warna oren sbb tindak balas ngan kapur)
1 sudu besar air kapur
air sejuk secukupnya (anggaran 3/4- 1 cawan)
minyak utk menggoreng
caranya
1. Satukan kesemua bahan diatas dlm pengisar.. Masukkan air. Adunan ni tak
terlalu pekat atau tak terlalu cair ye.. (masukkan bebola ikan jika ia bersalut
cantik maknanya adunan tu dah ok)
2. Panaskan minyak ..celup satu persatu ikan, sotong, udang, bebola atau crab
stick.. dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi...
3. Pastikan api dapur sederhana panas ..Goreng sehingga garing/kekuningan
4. Angkat dan toskan
Resepi sos pencicah
2@3 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu besar pes asam jawa adabi @ 1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula merah
2 cawan air
4 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit belacan (optional)
caranya
1. Masukkan air, gula merah, pes asam jawa,gula dan cili ke dalam periuk
2. Masak sehingga ia mendidih dan biarkan ia menjadi pekat. tutup api... Jika
kurang manis tambah gula
3. Lebihan sos boleh disimpan dlm bekas dan taruk dlm peti ais.

RESIPI KUIH LAPIS SEDAP : KUIH LAPIS GARDENIA (SEINDAH NAMANYA)


Teks : Zurina Julaihi
Sumber : FB

Bahan-Bahan :
• 6 keping roti sandwic
* buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
• 75 gm gula pasir
• 3/8 tsp garam
• 300 gm santan
• 150 gm air
• 90 gm tepung beras
• 30 gm tepung sagu
• 1 tsp coklat emulco
• pewarna kuning & oren

Caranya :
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi....kalau tak ada empatsegi yang bulat pun boleh, alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati.
5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Tuesday, February 10, 2015

BERKORBAN DEMI CINTA

Teks : Zurina Julaihi

Bermulanya dalam minggu lepas, kalau tak silap, Zu dan keluarga jalan-jalan ke Courts. Dalam pada tengok-tengok barang tu, berkumandang lagu 'Berkorban Demi Cinta' daripada Hijjaz. Dengar je lagu tu, Zu rasa best sangat... Tak kisah lah Zu ni 'outdated' sikit sebab lagu tu dah lama kan... 

Lama dulu pun ada dengar lagu tu, suka jugak tapi tak tahu lah, malam di Courts tu tersentuh sangat dengan lagu tu. Zu beri perhatian pada lagu tu daripada tengok barang di Courts. Balik rumah, Zu terus 'on' kan wifi dan ke Youtube untuk dengarkan lagu tu.. Zu tak tahu pun nama lagu tu, tapi Zu cuba jugak cari, so jumpa. Zu main ulang-ulang.

Hari ini Zu nak simpan lagu tu kat blog Zu. Kalau rakan-rakan nak kongsi dengar pun boleh. Best rasanya dapat feeling-feeling dengan lagu tu... Sesekali rasa syahdu dan nak terkeluar juga air mata...

Guru Online ABDR Zu cakap, kalau buat post jangan campur adukkan bahasa. Maaf Cikgu Anys Idayu. Zu tulis je.. nanti flow idea ni sangkut-sangkut pulak. Zu rasa rileks je, tulis apa yang Zu rasa ni.. From time to time Zu buat lebih baik ye Cikgu? :)

Kat bawah ni Zu letak link ke video tu dan lirik.. Hayati dan enjoy ye...

https://www.youtube.com/watch?v=dNuMOvRcQzo


 Berkorban Demi Cinta

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Monday, February 9, 2015

RESIPI UDANG MASAK MERAH


Teks: Zurina Julaihi

Sumber : Dapur DiWannie

Tujuan saya paparkan resipi ini adalah untuk simpanan saya sendiri di samping berkongsi dengan rakan-rakan semua. Hik...hik... walaupun saya belum cuba lagi... In Shaa Allah suatu hari nanti... :)















Udang masak Merah 
*1/2 kilo udang galah
*1 biji bawang besar
*5 biji bawang merah
*5 biji bawang putih
*3ketul kunyit hidup
*Cili kisar ikut Pedas

Cara2 menumis
Blend semua bahan kecuali udang, tumiskan sehingga bau wangi, masukkan cili ikut pedas sehingga garing, baru masukkan perasa gula, sedikit aji, garam, baruk masukkan udang masak sehingga udang masak. Ikut lah cita rasa sendiri. 

Saturday, February 7, 2015

BUKAN MUDAH NAK SENANG

Teks: Zurina Julaihi

Assalamua'laikum w.b.t.

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana hari ini dikurniakan kerehatan di rumah. Kerehatan di sini bermaksud tidak perlu ke pejabat.

Meskipun kerja rumah sedia menanti, namun perasaan melakukan kerja rumah berbanding kerja pejabat tidaklah sama. Setakat ini saya seronok melakukan kerja rumah, tidak memberi tekanan, buat ikut suka. 

Kerja pejabat dirasakan memberi banyak tekanan kini. Kekadang menjadikan saya cepat marah. Hari ini tidak perlu saya nak 'elaborate' panjang lebar tentang kerja pejabat. Just enjoy the weekend and what we have in hand! Wee..huu...

Pagi ini, berbekalkan semangat 'WAHM to be' (In Shaa Allah) saya buat update serba sedikit di laman FB dan siapkan tugasan publish satu artikel sehari.

Namun bukan mudah nak senang....update status dan buat tugasan blog dengan lappy yang dah uzur dan internet yang amatlah slow menyebabkan saya lebih banyak termenung depan lappy menunggunya muatnaik gambar dan buat copy & paste.

Takpe. Redha dan syukur dengan kurniaan Allah SWT. Allah uji kita dengan kemampuan kita sendiri kan? Bukan mudah nak senang. Kena usaha, doa, banyak sabar dan redha serta tawakal kepada Allah SWT. Bersangka baiklah kepada Allah SWT.

Alhamdulillah... kalau terpaksa buat kerja dengan sedikit kepayahan pun, buat sajalah...berakit-rakit ke hulu,..(tak de bot laju lagi takat ni ;) He..he...



Tuesday, February 3, 2015

Aku Dan Diri Ku


Teks : Zurina Julaihi

'Berperang' dengan perasaan sendiri. Ingin menjadi seperti yang diajar oleh Cikgu Anys Idayu kepada protege semua untuk menyiapkan satu pengisian di blog sehari. Belum konsisten sehingga ke hari ini. Kekeringan idea merupakan salah satu faktor. Faktor lain adalah diri ini belum terbuka untuk berkongsi kisah kehidupan untuk tatapan umum.

Hari-hari berlalu hanya dengan menyelesaikan tugasan rutin sebagai Suri Bekerjaya sahaja. Hampir setiap hari aktiviti adalah sama. Malu pun ada rasanya untuk dipamerkan di blog ini. 

Setiap kali membaca 'update' dari Kelas ABDR oleh Cikgu Anys makin ingin terasa cepat untuk mencapai kejayaan sebagai WAHM melakukan bisnes atas talian tanpa perlu ke pejabat lagi.

Bilakah agaknya akan tercapai? Sehingga ke hari ini, belum lagi berjaya mendapatkan jualan untuk produk telekung. Hemh... mungkin masih terlalu awal untuk mengharapkan bisnes membuahkan hasil. Banyak lagi yang perlu dipelajari dengan mentor di Kelas ABDR, memang terlalu banyak. Memang berpunca daripada diri ini juga yang tidak konsisten latih tubi seperti yang diajar oleh Cikgu Anys. 

Kepada Cikgu Anys, saya nak berjaya menjadi WAHM. Mohon bimbingan dan sokongan daripada Cikgu Anys dan kepada rakan-rakan yang sudi memberi dorongan dan kata-kata semangat.

Friday, January 23, 2015

Di Awal Membina Blog


Teks : Zurina Julaihi

Assalamua'laikum kepada pembaca sekalian. 

Buat masa sekarang ini, walaupun saya tahu blog saya belum ada pembaca lagi kerana masih dalam pembikinan, tapi saya tetap menyebutkan kalian semua sebagai 'pembaca'. Kerana mungkin suatu hari nanti akan ada yang membaca dan singgah ke blog saya. Mungkin kita akan bersilaturahim nanti. In Shaa Allah :)

Pada masa ini saya masih dalam menyiapkan blog saya disamping bermain-main dengan butang-butang dan fungsi-fungsi yang ada dalam blog. Saya cuba juga aplikasikan nota-nota dan tunjuk ajar dari Cikgu Anys.

Seronok juga rasanya bila dapat bermain-main di blog ini. Tukar-tukar layout, design dan sebagainya. 

Menulis di blog (kalau ada idea) juga dirasakan memberi keseronokkan kepada saya. Walaupun saya memang sangat baru dalam bidang blog ini, tapi saya dapat rasakan keasyikkannya. He...he...
Mungkin disebabkan saya seorang yang lebih mudah meluahkan perasaan dan fikiran melalui penulisan berbanding komunikasi secara verbal.

In Shaa Allah..akan bersambung lagi...


Catatan : 27 Jan 2015

Saya akui bermain di blog dan mengenali blog amat mengasyikkan. Di atas rasa teruja bila melihat blog-blog rakan-rakan senior ABDR yang terhias cantik, saya pun terdorong untuk menghias serba sedikit blog milik saya sendiri. Alhamdulillah, walaupun masih dalam proses meneroka blog sendiri, sekarang boleh tersenyum melihat hasilnya setakat ini. Saya mengharapkan untuk dapat meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti blog ini. 
Sungguh mengujakan...