Foto : Google image.
Selagi terdaya...mengharungi kehidupan.
Memang tidak dinafikan kebanyakkan ibu bapa lain pun mengalami pengalaman yang sama dalam mencaturkan masa mengurus kerjaya dan keluarga.
Hari ini buat pertama kalinya aku makan tengahari bersama anak-anak di sekolah. Kebiasaannya, waktu makan tengahari, anak-anak akan dijemput dari sekolah dan dibawa balik ke rumah untuk makan tengahari. Namun ini dirasakan meletihkan untuk anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak terpaksa bergegas makan dan berkemas semula untuk ke sekolah semula. Begitu juga aku. Bergegas menghidangkan lauk-pauk yang dibeli dari kedai untuk suami dan anak-anak. Makan dan menyediakan pakaian mereka untuk ke kelas KAFA dan kelas tambahan sekolah. Memang terasa tercungap-cungap.
Oleh itu, hari ini mencuba satu kelainan di mana makanan dibawa terus ke sekolah dan di makan bersama anak-anak di sekolah sahaja. Itu pun dalam keadaan berkejar dengan masa. Aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana punyai seorang kakak yang perihatin yang telah menyediakan segalanya untukku bawa ke sekolah. Aku hanya singgah di rumah emak untuk mengambil keperluan dan makanan dan terus dibawa ke sekolah.
Aku dan anak-anak rasa seronok, lega dan berkesempatan untuk menghela nafas seketika sambil menikmati makanan tengahari kami di tempat makan khas, berhampiran kantin sekolah. Anak-anak nampak lebih bersemangat kerana tidak lambat lagi ke kelas KAFA dan kelas tambahan. Mereka pun tidak letih untuk berulang alik seperti sebelum ini. Masa untuk makan tengahari ini hanya lebih kurang 30 minit, sebelum aku kembali ke pejabat untuk solat zohor dan masuk bertugas semula.
Walaupun demikian aku amat bersyukur atas nikmat serta kemudahan, ketenangan dan rasa bahagia yang Allah SWT kurniakan meskipun dalam suasana bekejar dengan masa.
Aku tidak berkesempatan mengambil gambar-gambar 'ekspres' kami kerana memang tidak memperuntukkan masa untuk selfie atau wefie ya ;). Maaf kupohon.
Beginilah lebih kurang keadaan kami makan di sekolah. Ini gambar dari Google ya. Bukan gambar kami sebenar. |
No comments:
Post a Comment