Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

OREO & NUTELLA CHEESE CAKE (NO BAKE; TAK YAH GUNA OVEN)

Teks: Zurina Julaihi

Sumber : Homemade by Ckhir

Terliurnya...Zu nak cuba buatlah... In Shaa Allah...hujung bulan ni..

Oreo & Nutella Cheese Cake ( No Bake ; Tak yah guna oven )
Bahan2
8 Oreo cookies

1 tablespoons Butter ( Cairkan )
250 grams Cream Cheese ( lembut )
4 tablespoons Caster Sugar@Brown Sugar ( Pilihan )
2 tablespoons Nutella
1 teaspoon Icing sugar 
1 teaspoon Water

Cara2 
1.Hancurkan oreo cookies,masukkan butter kemudian tekan lapisan oreo dalam pan anda.Letakkan di dalam freezer.
2. Dalam bekas,satukan Cream cheese dan caster sugar sehingga lembut ( guna stand mixer,hand mixer terpulang ) kemudian bahagi kepada dua bahagian.Rasa sedikit dan tambah gula mengikut citarasa sendiri.
3. Hancurkan oreo cookies ( jangan hancur sangat ) dan campurkan dengan Cream Cheese yang diputar tadi.( Jika nak banyak oreos cookies boleh tambah ikut rasa anda )
4. Masukkan Nutella ke dalam Cream Cheese yang satu lagi,dan satukan sehingga baik serta boleh tambah nutella mengikut citarasa anda juga.
5. Keluarkan lapisan oreo dari freezer dan masukkan oreo cheesecake dengan lembut di atas.Kemudian di ikuti dengan Nutella Cheesecake pula.( Sekiranya anda rasa susah untuk bahagikan dua lapisan tadi,boleh masukkan satu persatu dan sejukkan dan lapisan seterusnya )
6. Letakkan di dalam freezer untuk beberapa jam sehingga elok sejuk dan baik ( semalaman okay dah ! )
7. Dalam bekas masukkan Icing Sugar dan sedikit air suam dan sedikit nutella ( terpulang kepada citarasa anda ) . Drizzle ke atas cake untuk di hidangkan.

Nota
1. Pastikan anda sejukkan terlebih dahulu,sebelum di hidangkan.Untuk rasa yang lebih segar dan sedap.
2. Boleh tambah vanila powder di dalam cheesecake,tetapi kalau tiada okay je,saya tidak sarankan guna vanila extract kerana ianya menukarkan warna teksturnya.
3. Dedikasi untuk kaum Adam ; Suami,Ayah,Abang,Boyfriend untuk mencuba resepi saya ini,walaupun kita sibuk jangan lupa masak untuk orang yang tersayang.

Thursday, March 5, 2015

3 MAKANAN TERBAIK SEWAKTU SAKIT PERUT

Teks: Zurina Julaihi


Adalah penting untuk makan makanan yang betul sewaktu sakit. Ini kerana kurang makan akan melambatkan penyembuhan. Misalnya tatkala diserang demam selsema anda perlu memastikan air yang diminum mencukupi dan menikmati hidangan berkhasiat. Tetapi jika anda diserang sakit perut, mengekalkan hidrasi tubuh dan makan hidangan yang lembut adalah cara untuk sembuh lebih cepat. Di bawah diberikan beberapa cadangan :


  1. Biksut cracker dan roti bakar
  2. Pisang
  3. Halia

15 MINIT LEBIH AWAL

Teks: Zurina Julaihi

Apa yang berlaku seharian bergantung pada kualiti pagi anda. Jika anda bangun dengan suasana yang tenang, gembira dan bahagia sudah pasti anda dapat menghadapi hari itu dengan penuh semangat. Oleh itu, anda disarankan kunci jam 15 minit lebih awal. Sekurang-kurangnya anda mempunyai masa untuk bangun perlahan-lahan. Duduk dan memikirkan perkara yang harus dilakukan sepanjang hari. Percayalah, apa yang anda fikir, pasti akan dilakukan dengan baik. 

Bagi aku, keterangan di atas memang ada kebenarannya. Melalui pengalaman sendiri, sekiranya terlajak 10-15 minit daripada waktu bangun yang sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan pagi di rumah menjadi 'huru-hara'. Mulalah aku seperti lipas kudung di rumah, terkejar-kejar di dalam rumah sendiri. Kalau sudah kelam kabut, mulalah marah-marah dengan orang sekeliling, suami ataupun anak-anak. Perasaan moody itu akan terbawa-bawa hingga ke pejabat. Walaupun memang orang kata jangan campur adukkan urusan rumahtangga dengan urusan pejabat. Tetapi sebagai seorang manusia biasa memang perasaan itu tidak dapat dielakkan. In shaa Allah, masih dalam usaha untuk menyediakan keperluan pagi lebih awal atau sebelah malam supaya tidak kelam kabut lagi. 

Untuk aku, 10-15 minit lebih awal tidak mencukupi tapi satu jam lebih awal daripada ahli keluarga yang lain adalah lebih berkesan.

Monday, February 23, 2015

RAWATAN UNTUK MENINGKATKAN POWER OF OUR EYES

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Arnizam Atan


Good to share.
Jika sakit kepala tu kat bahagian depan, ubatnya adalah tidur.
Kalau kat atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong). Dan kalau sakit kepala tu kat bahagian belakang kepala, tu tanda kita stress dan kena release stress tu baru boleh ok.
Rawatan untuk meningkatkan power of our eyes.
Ni penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga orang lain. Otot mata menderita dari hari ke hari, sebab hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power.
Well, untuk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. 
Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah.

Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.
Antara sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax.
Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu.
Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. Solat dengan cara yang betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam.
Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.
Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis dah ada. Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita.
SubhanaAllah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni.
Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pada semua org.

Thursday, January 29, 2015

10 Tips Urus Anak Supaya Tidak Kelam Kabut Setiap Pagi

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Pn Ashikin Hashim - 10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut

(Catatan saya semalam sebelum tidur).

Kehidupan sebagai suri bekerjaya memang amat mencabar. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 12:15 tengah malam. Pakaian yang hendak dilipat masih berbaki. Aktiviti melipat pakaian terpaksa dihentikan sementara untuk berehat/tidur. Esok pagi masih perlu tenaga untuk aktiviti awal pagi, menguruskan anak-anak ke sekolah, suami dan diri sendiri ke tempat kerja. Kerap kali, bila sudah kepenatan balik dari pejabat, memasak, mengemas rumah dan sebagainya, pakaian sekolah dan pejabat diseterika sebelah pagi. Itulah juga masa nak solat subuh, sidai pakaian, kejutkan anak-anak ke sekolah, buat sarapan dan bekalan, nak bersiap-siap ke pejabat dsbnya. Untuk saya, perancangan kerap kali gagal. In Shaa Allah, mesti diperbaiki...

Pagi ini, menjengah sebentar di facebook untuk kemaskini, terjumpa dengan artikel di bawah oleh Pn Ashikin Hashim. Niat dihati untuk menyimpan dan mengamalkan tip-tip yang diberi bagi membantu kerja-kerja di rumah, di samping untuk memanjangkan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.

Artikel Pn. Ashikin Hashim ini memang mengena pada diri saya sendiri. Seolah-olah memang tahu apa yang saya alami selama ini. Semoga ianya bermanfaat juga bagi rakan yang lain.
10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut
Dunia boleh jadi terbalik jika menguruskan anak lebih-lebih lagi di awal pagi. Sama ada seorang ibu itu bekerja mahu pun suri rumah, menguruskan anak tetap mencabar bagi seorang ibu. Tanpa persediaan dan perancangan yang baik, mana mungkin sebuah rumah dapat diuruskan dengan baik dan tersusun. Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut.
1. Siapkan barang pada malam sebelumnya
Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Ini dapat memastikan kita bangun dengan tenang tanpa perlu bergegas dan berpeluh menyiapkan segalanya di awal pagi.
Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. Bayangkan terkejar-kejar sehingga berpeluh, tentu sekali tidak selesa. Hal ini akan terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Dan perkara ini berulang lagi setiap hari.
2. Bangun awal
Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.
3. Sediakan jadual
Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.
4. Tunggu anak tidur
Ambil peluang ketika anak sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka tidak menggangu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya. Sambil-sambil layan movie di Astro, sedar tidak sedar, sudah siap lipat satu bakul kain baju.
5. Sediakan menu
Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu dan ini akan memudahkan kerja ibu. Ada ibu yang hanya beli roti putih Gardenia atau roti krim Delicia perasa coklat. Kononnya, mudah untuk anak makan setiap pagi.
Benar, niat itu memang murni, tidak mahu anak lapar. Sebaliknya, bayangkan dari segi psikologi anak pula. Walaupun anak tidak kata apa-apa, dalam hati mereka terdetik, “Asyik-asyik bagi roti krim ni. Dah muak laaa. Mama ni tak nak masak apa-apa ke untuk breakfast?”
6. Kerjasama suami
Tanpa bantuan ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asyik biarkan isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan gosok baju suami.
Jika suami tidak pandai gosok baju cantik-cantik, apa salahnya tolong basuh baju dan sidai baju? Kenapa mesti malu?
7. To-Do-List
Salah satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu lihat dan agar tidak lupa.
8. Outsource
Jika ada sesuatu kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban ibu. Jika tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian, boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung minggu. Ambil 2 orangmaid sekaligus, selama 4 jam.
Suami pula, jangan elakkan diri dari buang sampah dalam tong sampah. Jangan buat-buat tidak tahu bila sampah menimbun, sampai isteri tarik muka!.
9. Gunakan teknologi terkini
Dengan teknologi yang semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang secara on-line. Contohnya, jika berada di kawasan bandar, boleh cuba buat pesanan dengan Tesco Online. Mungkin ibu boleh cuba sekali sekala!
10. Didik anak ringan tulang
Ibu seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.
Perkara-perkara kecil boleh serahkan pada anak, seperti cuci bilik air. Walaupun mungkin akan cuci tidaklah sebersih mana, paling tidak dia tahu erti tanggungjawab.