Thursday, March 5, 2015

15 MINIT LEBIH AWAL

Teks: Zurina Julaihi

Apa yang berlaku seharian bergantung pada kualiti pagi anda. Jika anda bangun dengan suasana yang tenang, gembira dan bahagia sudah pasti anda dapat menghadapi hari itu dengan penuh semangat. Oleh itu, anda disarankan kunci jam 15 minit lebih awal. Sekurang-kurangnya anda mempunyai masa untuk bangun perlahan-lahan. Duduk dan memikirkan perkara yang harus dilakukan sepanjang hari. Percayalah, apa yang anda fikir, pasti akan dilakukan dengan baik. 

Bagi aku, keterangan di atas memang ada kebenarannya. Melalui pengalaman sendiri, sekiranya terlajak 10-15 minit daripada waktu bangun yang sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan pagi di rumah menjadi 'huru-hara'. Mulalah aku seperti lipas kudung di rumah, terkejar-kejar di dalam rumah sendiri. Kalau sudah kelam kabut, mulalah marah-marah dengan orang sekeliling, suami ataupun anak-anak. Perasaan moody itu akan terbawa-bawa hingga ke pejabat. Walaupun memang orang kata jangan campur adukkan urusan rumahtangga dengan urusan pejabat. Tetapi sebagai seorang manusia biasa memang perasaan itu tidak dapat dielakkan. In shaa Allah, masih dalam usaha untuk menyediakan keperluan pagi lebih awal atau sebelah malam supaya tidak kelam kabut lagi. 

Untuk aku, 10-15 minit lebih awal tidak mencukupi tapi satu jam lebih awal daripada ahli keluarga yang lain adalah lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment