Saturday, March 21, 2015

TIPS MENJAGA KHASIAT JUS

Teks: Zurina Julaihi

Hanya sebagai informasi bersama :


  • Untuk mengelakkan khasiat jus hilang begitu sahaja, sebaiknya minum jus serta merta selepas dikisar.
  • Jangan ditinggalkan pada suhu bilik. Jika ingin menyimpan lebihan jus tersebut, simpan dalam peti sejuk dan pastikan diletakkan dalam bekas kedap udara. Untuk memastikan khasiat jus tidak tercemar, ia hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 hari.
  • Semakin lama jus didedahkan kepada persekitaran, semakin banyak zat akan mengalami proses pengoksidaan yang akan menyebabkan zat-zat ini akan semua hilang. 
  • Sebaiknya menggunakan bekas yang sesuai untuk satu hidangan (untuk diminum untuk seorang) berbanding dengan jag besar. Ini dapat mengelakkan keracunan makanan atau pencemaran bakteria sekiranya penutup bekas dibuka dan ditutup setiap kali ingin meminumnya.
  • Jus mudah terdedah dengan pembiakkan bakteria kerana jus adalah cecair dan mengandungi gula semulajadi. Oleh itu, ia menjadi tempat yang sangat kondusif untuk bakteria membiak.

Wednesday, March 18, 2015

LAKSAM YANG MENYELERAKAN ...

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Tahrunnisah Jali

Meskipun ramai yang dah tahu tentang resepi laksam, tetapi saya tetap mahu menyimpannya di blog saya ini untuk rujukan diri sendiri dan rakan-rakan lain yang memerlukan resepi ini. Manalah tahu ada ketikanya nanti tergerak nak mencuba resepi ini ;) Maaf sebab susunan gambar tak berapa nak cantik sebab belum mahir letak gambar lebih :( Sebenarnya saya dah beberapa kali menikmati laksam ni. Pada mulanya, adik ipar yang perkenalkan, dia yang masak dan sediakan bahan-bahan dan jemput kami dan ahli keluarga lain makan di rumah mertua. Yang adik ipar buat tu, tak bergulung tapi dalam bentuk mi. Rasa tetap sama dengan kuah isi ikan yang lemak lagi berkrim..slurppp...sedap. In Shaa Allah nak buat sendiri nanti.. jadi nak makan berapa banyak pun tak kisahkan.. emm...sedapnya..tengok gambar pun rasa lapar...















Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak
campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus

CARILAH 'DOKTOR SEGALA DOKTOR'

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Perkongsian daripada ahli Hijrah Haura 14


Bila kita dalam TERTEKAN (stress), kita mencari lagu yang sesuai dan kena dengan jiwa kita untuk didengar, bukan dicari alunan ayat-ayat Al-Quran yang mampu buat jiwa bergetar.

Bila kita dalam KESEDIHAN, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis kita, bukan dikongsi dengan Tuhan yang Maha Mendengar semua rayuan hamba-hambaNya.

Bila kita MARAH, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista, bukan kita diam, berwudhu, solat dua rakaat dan sujud padaNya.

Bila kita rasa TERTIPU dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk insaf dan sedar dari kesalahan.

Bila kita TIDAK MENYUKAI seseorang, kita cuba mencari kelemahannya, memfitnah/bergossip dan menyebarkan keaibannya sini-sana, bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar-benarnya.

Bila kita rasa KURANG BERMOTIVASI dan perlukan inspirasi, kita lihat pada orang-orang kaya dan ternama di dunia, bukan kita lihat dan belajar daripada mereka yang sudah dijanjikan Syurga olehNya di sana.

Persoalannnya, mengapa kita mencari ‘ubat’ bagi penyakit-penyakit dalaman yang mencuri kegembiraan, ketenangan dan kedamaian jiwa ini daripada orang-orang dan di tempat-tempat yang salah dan yang tidak sepatutnya?

Tidakkah kita tahu perilaku lazim kita ini tidak mampu membawa kita ke mana-mana malah merumitkan masalah jiwa kita yang sering meronta-ronta mencari halatujunya yang nyata?

Carilah dengan segera ‘Doktor segala Doktor’. ‘Doktor’ ini Maha Penyembuh. ‘Doktor’ ini Maha Mengetahui. ‘Doktor’ ini Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan semua penyakit kita, bukan manusia. Manusia hanya perantara. Ingat itu sampai bila-bila kerana sebelum mencari doktor manusia, cari dulu ‘Doktor segala Doktor’ ini. Yakinlah, berkat ikhtiar yang bermula dari Dia ke perantara, In shaa Allah kita akan jumpa penawarnya.
 ‘Doktor segala Doktor’ ini ialah Tuhan kita, Allah Azzawajalla.

Tuesday, March 17, 2015

OREO & NUTELLA CHEESE CAKE (NO BAKE; TAK YAH GUNA OVEN)

Teks: Zurina Julaihi

Sumber : Homemade by Ckhir

Terliurnya...Zu nak cuba buatlah... In Shaa Allah...hujung bulan ni..

Oreo & Nutella Cheese Cake ( No Bake ; Tak yah guna oven )
Bahan2
8 Oreo cookies

1 tablespoons Butter ( Cairkan )
250 grams Cream Cheese ( lembut )
4 tablespoons Caster Sugar@Brown Sugar ( Pilihan )
2 tablespoons Nutella
1 teaspoon Icing sugar 
1 teaspoon Water

Cara2 
1.Hancurkan oreo cookies,masukkan butter kemudian tekan lapisan oreo dalam pan anda.Letakkan di dalam freezer.
2. Dalam bekas,satukan Cream cheese dan caster sugar sehingga lembut ( guna stand mixer,hand mixer terpulang ) kemudian bahagi kepada dua bahagian.Rasa sedikit dan tambah gula mengikut citarasa sendiri.
3. Hancurkan oreo cookies ( jangan hancur sangat ) dan campurkan dengan Cream Cheese yang diputar tadi.( Jika nak banyak oreos cookies boleh tambah ikut rasa anda )
4. Masukkan Nutella ke dalam Cream Cheese yang satu lagi,dan satukan sehingga baik serta boleh tambah nutella mengikut citarasa anda juga.
5. Keluarkan lapisan oreo dari freezer dan masukkan oreo cheesecake dengan lembut di atas.Kemudian di ikuti dengan Nutella Cheesecake pula.( Sekiranya anda rasa susah untuk bahagikan dua lapisan tadi,boleh masukkan satu persatu dan sejukkan dan lapisan seterusnya )
6. Letakkan di dalam freezer untuk beberapa jam sehingga elok sejuk dan baik ( semalaman okay dah ! )
7. Dalam bekas masukkan Icing Sugar dan sedikit air suam dan sedikit nutella ( terpulang kepada citarasa anda ) . Drizzle ke atas cake untuk di hidangkan.

Nota
1. Pastikan anda sejukkan terlebih dahulu,sebelum di hidangkan.Untuk rasa yang lebih segar dan sedap.
2. Boleh tambah vanila powder di dalam cheesecake,tetapi kalau tiada okay je,saya tidak sarankan guna vanila extract kerana ianya menukarkan warna teksturnya.
3. Dedikasi untuk kaum Adam ; Suami,Ayah,Abang,Boyfriend untuk mencuba resepi saya ini,walaupun kita sibuk jangan lupa masak untuk orang yang tersayang.

Monday, March 16, 2015

AMALKAN BERZIKIR

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Hijrah Haura 14 (edited)



Zikir berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. 

Zikir kepada Allah SWT adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.

Antara 10 kelebihan zikir adalah : 

1. Mereka yang suka berzikir akan berada di bawah naungan Allah SWT di hari Kiamat.

2. Zikir adalah ubat yang dapat melembutkan hati. 

3. Zikir mendekatkan seseorang kepada akhirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia.

4. Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa. 

5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredhaan Allah.

6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya.

7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji.

8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafik.

9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan gangguan syaitan. 

10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia.

Amalkan zikir ini setiap kali selepas solat :

Subhanallah - 33x
Alhamdulillah - 33x
Allahuakbar - 33x

Zikir ini senang sahaja. Kita hanya perlu sebut dan hayati. Apabila kita zikir, hati kita akan tenang, damai macam tak ada masalah. Masalah-masalah kita juga dapat diselesaikan dengan berhikmah.

Di mana-mana sahaja kita boleh berzikir. Apabila kita amalkan selalu, In shaa Allah kita akan terbiasa dengan zikir.

Friday, March 13, 2015

KELEBIHAN BERGANDA DETOKS TUBUH DENGAN 'INFUSED WATER'

Teks : Zurina Julaihi

Foto : ambik dari En. Google ;)

Selain bersenam dan menjaga pemakanan, trend gaya hidup sihat yang kini cukup popular ialah infused water. Cukup terkenal di kalangan para selebriti, infused water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum dinikmati.

Infused water berguna untuk detoksifikasi. Seperti yang anda ketahui detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan  menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, rasa yang menyegarkan membuatnya tidak membosankan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana saja. 

Agar anda mendapatkan manfaat detoksifikasi yang berlipat ganda, di bawah dicadangkan beberapa jenis buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.



LEMON

Air dengan campuran hirisan buah lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga anda berasa lebih segar. Untuk membuatnya, anda hanya perlu menghiris beberapa biji lemon dan menambahkan beberapa liter air putih ke dalamnya. 

PUDINA

Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air anda menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak ditambah gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu 'menenangkan' perut dan melancarkan pencernaan. 

TIMUN

Timun tak cuma bermanfaat untuk kulit dan mata. Sebab, infused water timun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh. 

HALIA

Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem tubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga 'menenangkan' perut.


Thursday, March 12, 2015

4 KESALAHAN IBU BAPA

Teks : Zurina Julaihi

Perkongsian di petang hari..


Menurut Natalie Muth, penulis "Eat Your Vegetables & Other Mistakes Parents Make", terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh ibu bapa yang seolah-olah memberikan idea bernas namun sebenarnya memberi kesan negatif kepada tabiat makan anak-anak.



Ianya adalah :
-paksa anak habiskan semua makanan dalam pinggan mereka
-jadikan makanan sebagai reward (menjanjikan aiskrim jika berkelakuan baik)
-membiarkan anak makan sambil menonton televisyen atau bermain permainan video
-melatih secara 'tak sengaja' makan makanan segera kerana terlalu sibuk.