Friday, February 6, 2015

APA YANG KITA CARI DI DALAM HIDUP INI

Teks: Zurina Julaihi
Sumber : Usrah Hijrah Haura 14

Buat renungan. Muhasabah diri. In Shaa Allah. Mudah-mudahan kita terutamanya saya sendiri menjadi orang yang lebih bersyukur.


Kita hidup di gunung merindukan pantai.

Kita hidup di pantai merindukan gunung.

Kalau kemarau, kita tanya bilakah hujan?

Kalau musim hujan, kita tanya bilakah kemarau? 

Diam di rumah, berkeinginan untuk keluar.

Setelah keluar, berkeinginan untuk pulang ke rumah.

Waktu tenang, cari keramaian.

Waktu ramai, cari ketenangan.

Ketika masih bujang mengeluh keinginan untuk nikah. Sudah berkeluarga, mengeluh belum memiliki anak. Setelah memiliki anak mengeluh belanja hidup dan pendidikan.

Ternyata sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.

Bilakah kebahagiaan akan dikecapi jika kita selalu memikirkan apa yang kita belum ada tetapi mengabaikan apa yang kita sudah miliki?

Oleh itu, jadilah peribadi yang selalu BERSYUKUR dengan rahmat yang sudah kita miliki. 

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini? Menutupi tapak tangan saja sulit.

Tapi daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah 'Bumi' dengan daun. Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil apa pun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana. Bumi ini pun akan nampak buruk.

Jangan menutupi mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Jangan menutupi hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walau cuma seujung kuku.

SYUKURI apa yang sudah kita miliki sebagai modal untuk meMULIAkan NYA.

Kerana hidup adalah WAKTU yang dipinjamkan dan HARTA adalah AMANAH yang dipercayakan yang semua itu akan dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.
Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki.
Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur dan selalu bersyukur di dalam segala hal. 
Bersegeralah berlumba dalam kebaikan dimulai dari sekarang. 

SELAMAT MERAIH KEBAIKAN DI HARI INI...

Thursday, February 5, 2015

OTAK LEBIH KREATIF SEMASA LETIH?

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : iSihat


Jika anda seorang yang ceria dan segar pada waktu pagi, pastinya waktu tersebut merupakan masa yang terbaik untuk melakukan tugasan yang mencabar.

Gunakan otak anda untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan dan membuat keputusan yang terbaik semasa berada pada waktu puncak. Jika anda si 'burung hantu', pastinya waktu lewat malam adalah yang terbaik untuk anda.

Sebaliknya, jika anda mahu melakukan kerja-kerja yang kreatif, anda lebih bertuah bila anda sudah letih dan otak sudah tidak mampu berfungsi dengan cekap!

Kedengarannya seperti gila, tetapi ia sebenarnya sangat masuk akal. Letih adalah sebab mengapa banyak idea-idea yang hebat sering muncul di bilik mandi selepas hari kerja yang panjang.

Bila anda letih, otak sebenarnya dalam keadaan yang tidak begitu baik untuk menapis gangguan atau memberi tumpuan kepada tugasan tertentu. Ketika ini, kecekapan untuk mengaitkan antara idea dan konsep turut menurun. Dalam hal ini, bidang kerja kreatif mendapat manfaat di sebalik 'gangguan' ini. 

Ini adalah kerana kerja-kerja kreatif memerlukan kita untuk membuat hubungan yang baru, memikirkan idea dan konsep yang baru serta berfikir dengan cara yang baru. Bila letih atau penat, otak yang sudah bercelaru sangat bermanfaat bagi kita melakukan projek-projek yang kreatif. 

Artikel yang dikeluarkan oleh saintis dari Amerika telah menerangkan bagaimana gangguan boleh menjadi satu perkara yang baik untuk berfikir secara kreatif. Semasa waktu puncak, kita sudah mula kurang fokus dan boleh mempertimbangkan maklumat yang lebih luas. Skop yang lebih luas ini memberikan akses kepada alternatif dan pelbagai tafsiran yang lebih lalu memupuk inovasi dan wawasan.

Ulasan saya : Saya sendiri belum mengalami cetusan idea-idea kreatif semasa letih atau mungkin tidak perasan. Mungkin ada pembaca di sini yang pernah mengalami keadaan seperti di dalam artikel di atas. Bolehlah komen ya :)


Wednesday, February 4, 2015

TELEKUNG COTTON PARIS


  • Material cotton Paris
  • Kain jenis sejuk dan selesa
  • Terdapat 2 pilihan warna KRIM dan PUTIH

SEPASANG - RM95 (free postage)








Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 016-86 99 855

TELEKUNG SULAM EMAS/PUTIH

  • Material yang selesa dan tidak jarang
  • Telekung yang cukup labuh
  • Sulam yang kemas dan cantik (bukan sulam tampal)
  • Terdapat dalam 2 pilihan warna : SULAM EMAS (telekung berwarna krim) ; SULAM PUTIH (telekung berwarna putih)
SEPASANG - RM110

2 PASANG - RM 180

(free postage)

TELEKUNG SULAM EMAS





TELEKUNG SULAM PUTIH












Ciri-ciri telekung :

Bahagian muka

Bahagian pinggang


Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 016-86 99 855

TELEKUNG COTTON PARIS BERSULAM

TELEKUNG COTTON PARIS BERWARNA

Telekung cotton paris sepasang rm75
telekung cotton paris sepasang rm78 untuk sabah/sarawak
harga dh termasuk postage (PM untuk harga borong)
kain 100% cotton
warna tak luntur
pilihan warna yg bnyak
bahagian muka & kain bergetah
sesuai untuk berbadan besar
saiz : dewasa
 


Di atas adalah warna-warna yang baru :)







TELEKUNG COTTON PARIS BERSULAM
Harga runcit: RM150/sepasang (termasuk pos)
-Kain yang cotton berkualiti dan selesa



Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 016-86 99 855

KAMI TAHU TAPI KAMI TAK BUAT

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Usrah Hijrah Haura 14 (Haura Hazirah Nasif)

Peringatan untuk diri saya sendiri.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm :
"Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepada ku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita tidak mahu lakukan. 

Demi Allah! Pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."  


  • Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya).


  • Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "Subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif.
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit. 
  • Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat 2 qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari-hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi ( satu qirat adalah sebesar bukit uhud). 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca Al-Quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca Al-Quran. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullail.
  • Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila-bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala. 
  • Ketahuilah wahai saudara-saudara ku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
  • Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
Berbahagialah kepada yang membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya...



Tuesday, February 3, 2015

Aku Dan Diri Ku


Teks : Zurina Julaihi

'Berperang' dengan perasaan sendiri. Ingin menjadi seperti yang diajar oleh Cikgu Anys Idayu kepada protege semua untuk menyiapkan satu pengisian di blog sehari. Belum konsisten sehingga ke hari ini. Kekeringan idea merupakan salah satu faktor. Faktor lain adalah diri ini belum terbuka untuk berkongsi kisah kehidupan untuk tatapan umum.

Hari-hari berlalu hanya dengan menyelesaikan tugasan rutin sebagai Suri Bekerjaya sahaja. Hampir setiap hari aktiviti adalah sama. Malu pun ada rasanya untuk dipamerkan di blog ini. 

Setiap kali membaca 'update' dari Kelas ABDR oleh Cikgu Anys makin ingin terasa cepat untuk mencapai kejayaan sebagai WAHM melakukan bisnes atas talian tanpa perlu ke pejabat lagi.

Bilakah agaknya akan tercapai? Sehingga ke hari ini, belum lagi berjaya mendapatkan jualan untuk produk telekung. Hemh... mungkin masih terlalu awal untuk mengharapkan bisnes membuahkan hasil. Banyak lagi yang perlu dipelajari dengan mentor di Kelas ABDR, memang terlalu banyak. Memang berpunca daripada diri ini juga yang tidak konsisten latih tubi seperti yang diajar oleh Cikgu Anys. 

Kepada Cikgu Anys, saya nak berjaya menjadi WAHM. Mohon bimbingan dan sokongan daripada Cikgu Anys dan kepada rakan-rakan yang sudi memberi dorongan dan kata-kata semangat.