Wednesday, February 4, 2015

KAMI TAHU TAPI KAMI TAK BUAT

Teks : Zurina Julaihi

Sumber : Usrah Hijrah Haura 14 (Haura Hazirah Nasif)

Peringatan untuk diri saya sendiri.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm :
"Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepada ku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita tidak mahu lakukan. 

Demi Allah! Pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."  


  • Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya).


  • Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "Subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif.
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit. 
  • Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat 2 qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari-hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi ( satu qirat adalah sebesar bukit uhud). 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca Al-Quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca Al-Quran. 
  • Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullail.
  • Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila-bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala. 
  • Ketahuilah wahai saudara-saudara ku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
  • Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
Berbahagialah kepada yang membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya...



No comments:

Post a Comment