Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Puan Fouziah Pbtb
Semoga menjadi pedoman buat diri..pernah juga beberakali tidur balik... hemh... Astaghfirullah...
Perkongsian yang
sangat menarik dan menyentap hati.
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian.
Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu
firasat yang sangat kuat.
Jadi sesiapa yang dekat dengannya, hati hati.Apa yang terlintas
di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali
berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"Ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas
subuh?"
Dia menjawab ,"Tak pernah wujud istilah tidur lepas
subuh".
"Ohhh, jadi ustaz, apa hukum tidur selepas subuh?"
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia
mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati:
"Ada banyak mazhab ke dia ni?"
"Ada banyak mazhab ke dia ni?"
"Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh
sorokkan dengan aku."
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"Maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"Dua dua mazhab lah ustaz".
"Dua dua mazhab lah ustaz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab
kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati. Aku
nak menangis."
Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau,
orang yang macam ni dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"Kenapa ustaz?"
Dia menjawab; orang yang macam ni SOMBONG dengan Allah.
Dia menjawab; orang yang macam ni SOMBONG dengan Allah.
Dia berlagak depan Allah!
Dia menolak pemberian Allah!
Dia menolak pemberian Allah!
Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan
rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur!
Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang
berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.
Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur
dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.
Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata;
"Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi;
"Orang yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang macam ni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Dia berkata lagi;
"Orang yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang macam ni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan
Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni.
Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding
amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak.
Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk
dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi;
"Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"
"Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"
Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm
nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi; "Ramai orang muda kata perlu tidur lepas
subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan jalan dan
apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?".
"Allah dah kata dalam Al Quran, siang Aku jadikan untuk kau
bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak
kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah
sunnatullah?".
Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut
dengan Allah.Orang yang dekat dengan Allah.
Hidup memang kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang
yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al quran dan hadis itu.
Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan
memproses dengan kepala sendiri.
Ada orang bawa Al quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak
tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Idris al Marbawi pun ada menukilkan dalam bahrul madzi, dia
mengatakan siapa yang melakukan sesuatu yang sia-sia di malam hari sehingga
terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.
Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yang
haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum
arak.Barulah rasa haramnya itu.
Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tengok
kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yang soleh, ulama',
auliya', Ahlullah.
Baru kita tahu perbuatan kita
dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya banyak mendatangkan murka Allah.
dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya banyak mendatangkan murka Allah.
Kita sendiri tahu antara orang yang Allah tak berckp dengan
mereka di akhirat adalah orang yang miskin tapi sombong tak bersyukur.
Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan
Allah.
Nabi dah kata:
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima
Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.
Jadilah orang yang tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita
akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia
Semoga dengan Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat
luas akan menjadikan kita ini menghargai orang lain.
Prihatin antara satu sama lain.Bukannya memandang diri sendiri
mulia dengan amalan yang kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab
itulah punca hati ini su'zon.
Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakan dari
su'zon itu adalah sangka buruk.
Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70
kali terhadap seseorang itu.
Nampak tak di situ betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum
menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sebab
itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan orang
lain.
Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi untuk tidak
tidur lepas subuh.
No comments:
Post a Comment