Thursday, February 5, 2015

OTAK LEBIH KREATIF SEMASA LETIH?

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : iSihat


Jika anda seorang yang ceria dan segar pada waktu pagi, pastinya waktu tersebut merupakan masa yang terbaik untuk melakukan tugasan yang mencabar.

Gunakan otak anda untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan dan membuat keputusan yang terbaik semasa berada pada waktu puncak. Jika anda si 'burung hantu', pastinya waktu lewat malam adalah yang terbaik untuk anda.

Sebaliknya, jika anda mahu melakukan kerja-kerja yang kreatif, anda lebih bertuah bila anda sudah letih dan otak sudah tidak mampu berfungsi dengan cekap!

Kedengarannya seperti gila, tetapi ia sebenarnya sangat masuk akal. Letih adalah sebab mengapa banyak idea-idea yang hebat sering muncul di bilik mandi selepas hari kerja yang panjang.

Bila anda letih, otak sebenarnya dalam keadaan yang tidak begitu baik untuk menapis gangguan atau memberi tumpuan kepada tugasan tertentu. Ketika ini, kecekapan untuk mengaitkan antara idea dan konsep turut menurun. Dalam hal ini, bidang kerja kreatif mendapat manfaat di sebalik 'gangguan' ini. 

Ini adalah kerana kerja-kerja kreatif memerlukan kita untuk membuat hubungan yang baru, memikirkan idea dan konsep yang baru serta berfikir dengan cara yang baru. Bila letih atau penat, otak yang sudah bercelaru sangat bermanfaat bagi kita melakukan projek-projek yang kreatif. 

Artikel yang dikeluarkan oleh saintis dari Amerika telah menerangkan bagaimana gangguan boleh menjadi satu perkara yang baik untuk berfikir secara kreatif. Semasa waktu puncak, kita sudah mula kurang fokus dan boleh mempertimbangkan maklumat yang lebih luas. Skop yang lebih luas ini memberikan akses kepada alternatif dan pelbagai tafsiran yang lebih lalu memupuk inovasi dan wawasan.

Ulasan saya : Saya sendiri belum mengalami cetusan idea-idea kreatif semasa letih atau mungkin tidak perasan. Mungkin ada pembaca di sini yang pernah mengalami keadaan seperti di dalam artikel di atas. Bolehlah komen ya :)


No comments:

Post a Comment