Friday, February 13, 2015

SOLAT YANG SEMPURNA IBARAT POKOK YANG RENDANG

Teks: Zurina Julaihi

Sumber: Buku tulisan Abdullah Al-Qari Hj Salleh

Agama Islam yang kita terima sebagai warisan Nabi Muhammad SAW adalah suatu agama yang paling sempurna dan lengkap, tiada tandingan.

Justeru segala ibadah yang diwariskan adalah sempurna: ada dengan rukun (Tiang), syarat sahnya dan sunatnya. Warisan Nabi SAW yang berupa ibadah dan peraturan hidup adalah merupakan sunnah (Perjalanan Hidup) beliau yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sampai kepada kita.

Solat ibarat sepohon pokok nan rendang.

Umbi dan batangnya ialah rukunnya.
Dahannya ialah syarat sahnya.
Rantingnya ialah perkara sunatnya. 

Bunga dan buahnya ialah niat ikhlas yang menghasilkan natijah yang baik, iaitu kebaikan di dunia dan pahala di akhirat.

Pokok yang indah ialah pokok yang berdahan lembut, berdaun rimbun menghijau, apalagi mempunyai bunga warna-warni, manakala bentuk buahnya menakjubkan.

Maka begitulah ibarat solat yang sempurna, ia dilakukan bukan semata-mata yang fardu atau rukun, tetapi juga yang sunat selari dengan sunnah Nabi SAW.

Dikongsikan di sini sebagai peringatan dan rujukan kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment