Tuesday, February 17, 2015

KONGSI FAKTA MENGENAI WUDHU

Teks: Zurina Julaihi

Sumber: Hijrah Haura 22


FAKTA 1

Prof. Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini dia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut.

Malah dia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

FAKTA 2

Ulama fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. 

Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. 

Kerana itu wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

FAKTA 3

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan tangan kita.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Beberapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki dan membicarakan aib orang lain.

Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

FAKTA 4

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebut dalam ayat Al-Maidah : Ayat 6. adalah wajah, tangan sehingga siku dan kaki sehingga hujung kaki. 

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kakinya sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai ke titisan terakhir dari wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma')

FAKTA 5

Wudhu dalam Islam masuk dalam Bab Al-Thaharah (penyucian rohani) seperti halnya tayammum, syarth dan mandi junub.

Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizik). Rasulallah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya. Yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang 'bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment