Tuesday, February 24, 2015

RESIPI GORENG RANGUP & SOS PENCICAH MUDAH

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Tahrunnisah Jali



Resepi bancuhan adunan tepung rangup ( semua jenis gorengan termasuk pisang dan cempedak)
1 1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tpg jagung
1 biji telor saiz kecik
sedikit garam
sedikit gula
pewarna kuning (jika guna kunyit - tukar jadi warna oren sbb tindak balas ngan kapur)
1 sudu besar air kapur
air sejuk secukupnya (anggaran 3/4- 1 cawan)
minyak utk menggoreng
caranya
1. Satukan kesemua bahan diatas dlm pengisar.. Masukkan air. Adunan ni tak
terlalu pekat atau tak terlalu cair ye.. (masukkan bebola ikan jika ia bersalut
cantik maknanya adunan tu dah ok)
2. Panaskan minyak ..celup satu persatu ikan, sotong, udang, bebola atau crab
stick.. dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi...
3. Pastikan api dapur sederhana panas ..Goreng sehingga garing/kekuningan
4. Angkat dan toskan
Resepi sos pencicah
2@3 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu besar pes asam jawa adabi @ 1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula merah
2 cawan air
4 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit belacan (optional)
caranya
1. Masukkan air, gula merah, pes asam jawa,gula dan cili ke dalam periuk
2. Masak sehingga ia mendidih dan biarkan ia menjadi pekat. tutup api... Jika
kurang manis tambah gula
3. Lebihan sos boleh disimpan dlm bekas dan taruk dlm peti ais.

RESIPI KUIH LAPIS SEDAP : KUIH LAPIS GARDENIA (SEINDAH NAMANYA)


Teks : Zurina Julaihi
Sumber : FB

Bahan-Bahan :
• 6 keping roti sandwic
* buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
• 75 gm gula pasir
• 3/8 tsp garam
• 300 gm santan
• 150 gm air
• 90 gm tepung beras
• 30 gm tepung sagu
• 1 tsp coklat emulco
• pewarna kuning & oren

Caranya :
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi....kalau tak ada empatsegi yang bulat pun boleh, alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati.
5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Monday, February 23, 2015

BAHAYA TIDUR SELEPAS SUBUH

 Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Puan Fouziah Pbtb

Semoga menjadi pedoman buat diri..pernah juga beberakali tidur balik... hemh... Astaghfirullah...
  
Perkongsian yang sangat menarik dan menyentap hati.
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian.
Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat.
Jadi sesiapa yang dekat dengannya, hati hati.Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"Ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawab ,"Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
"Ohhh, jadi ustaz, apa hukum tidur selepas subuh?"
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati:
"Ada banyak mazhab ke dia ni?"
"Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku."
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"Maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"Dua dua mazhab lah ustaz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati. Aku nak menangis."
Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ni dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"Kenapa ustaz?"
Dia menjawab; orang yang macam ni SOMBONG dengan Allah.
Dia berlagak depan Allah!
Dia menolak pemberian Allah!
Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur!
Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.
Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.
Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata; "Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi;
"Orang yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang macam ni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni.
Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak.
Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi;
"Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"
Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi; "Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?".
"Allah dah kata dalam Al Quran, siang Aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?".
Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah.Orang yang dekat dengan Allah.
Hidup memang kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al quran dan hadis itu.
Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri.
Ada orang bawa Al quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Idris al Marbawi pun ada menukilkan dalam bahrul madzi, dia mengatakan siapa yang melakukan sesuatu yang sia-sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.
Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yang haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.
Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tengok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yang soleh, ulama', auliya', Ahlullah.
Baru kita tahu perbuatan kita
dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya banyak mendatangkan murka Allah.
Kita sendiri tahu antara orang yang Allah tak berckp dengan mereka di akhirat adalah orang yang miskin tapi sombong tak bersyukur.
Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah.
Nabi dah kata:
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.
Jadilah orang yang tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia
Semoga dengan Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai orang lain.
Prihatin antara satu sama lain.Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yang kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.
Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakan dari su'zon itu adalah sangka buruk.
Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.
Nampak tak di situ betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sebab itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan orang lain.
Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi untuk tidak tidur lepas subuh.

Top of Form


KEEGOAN SEORANG IBU / BAPA

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : FB


*Peringatan untuk diri sendiri.

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

RAWATAN UNTUK MENINGKATKAN POWER OF OUR EYES

Teks : Zurina Julaihi
Sumber : Arnizam Atan


Good to share.
Jika sakit kepala tu kat bahagian depan, ubatnya adalah tidur.
Kalau kat atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong). Dan kalau sakit kepala tu kat bahagian belakang kepala, tu tanda kita stress dan kena release stress tu baru boleh ok.
Rawatan untuk meningkatkan power of our eyes.
Ni penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga orang lain. Otot mata menderita dari hari ke hari, sebab hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power.
Well, untuk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. 
Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah.

Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.
Antara sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax.
Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu.
Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. Solat dengan cara yang betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam.
Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.
Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis dah ada. Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita.
SubhanaAllah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni.
Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pada semua org.

Tuesday, February 17, 2015

KONGSI FAKTA MENGENAI WUDHU

Teks: Zurina Julaihi

Sumber: Hijrah Haura 22


FAKTA 1

Prof. Leopold Werner Von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini dia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut.

Malah dia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

FAKTA 2

Ulama fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. 

Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. 

Kerana itu wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

FAKTA 3

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan tangan kita.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Beberapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki dan membicarakan aib orang lain.

Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

FAKTA 4

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebut dalam ayat Al-Maidah : Ayat 6. adalah wajah, tangan sehingga siku dan kaki sehingga hujung kaki. 

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kakinya sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai ke titisan terakhir dari wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma')

FAKTA 5

Wudhu dalam Islam masuk dalam Bab Al-Thaharah (penyucian rohani) seperti halnya tayammum, syarth dan mandi junub.

Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizik). Rasulallah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya. Yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang 'bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wallahualam.


TAZKIRAH DHUHA : ANUGERAH ALLAH

Teks: Zurina Julaihi

Tidak lain dari hanya sebagai peringatan diri sendiri...

Rasulallah SAW bersabda:

Pada pagi hari, setiap tulang daripada kamu akan dihitung sebagai sedekah.

Maka:

  1. setiap tasbih adalah sedekah,
  2. setiap tahmid adalah sedekah,
  3. setiap tahlil adalah sedekah,
  4. setiap takbir adalah sedekah,
  5. menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah.
Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan pada waktu Dhuha.

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

  • Marilah kita melaksanakan solat sunat Dhuha secara konsisten, kerana padanya terhimpun pahala sedekah yang banyak.
  • Kita mesti sentiasa dalam kehidupan ini untuk bertasbih, bertahmid, dan bertakbir, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran pada setiap masa.
  • Tetapi kasih dan sayang Allah kepada kita telah dihimpukan perkara tersebut dalam solat sunat Dhuha.

* Kerna Bidadari itu tempatnya di Syurga*