Tuesday, March 10, 2015

EMPAT PROSES TAHAPAN DALAM MENCINTAI AL-QURAN

Teks: Zurina Julaihi




1. PAKSAAN 


Paksa diri untuk tilawah. Suka atau benci, ringan atau berat.

2. KEBIASAAN

Beberapa bentuk paksaan akan berubah menjadi 'kebiasaan'. Kita akan merasa aneh jika tidak tilawah. 
TERUSKAN!!!

3. KEPERLUAN

Kebiasaan yang terus dilakukan akan berubah menjadi 'keperluan'. Di tahap ini sudah mulai tumbuh benih-benih cinta Al-Quran.

Mulailah membaca terjemahan dan tafsirnya.

4. KENIKMATAN

Pada tahap ini Al-Quran sudah menjadi ketagihan. Membaca dan mempelajarinya adalah 'kenikmatan'. Sedangkan berpisah akan membuatkan diri resah. Yang perlu kita lakukan adalah 'ISTIQOMAH' dan terus menjadikan Al-Quran sebagai teman...



JOM, REHAT OTAK SEJENAK!

Teks : Zurina Julaihi

Tidur bukanlah satu-satunya cara untuk merehatkan otak yang penat setelah seharian bekerja. Sebenarnya terdapat cara lain yang sederhana untuk melakukannya.


  • Kosongkan fikiran dan merenung ke jendela. ( Zu rasa untuk tips ni kena pilih jendela yang ada view best dan menenangkan kot... ;) )
  • Cubalah menelefon, jangan menghantar mesej. (kalau menelefon kekadang kita 'berjangkit' dengan mood orang yang sebelah sana)
  • Bebaskan diri dari gadget. (Boleh eh...?)
  • 'Cuti' bermain media sosial (Kadang kala orang kata bersosial di media ini boleh buatkan dia relaks)




Zu rasa untuk tips di atas, ikut badan sendirilah kot... kalau rasa serasi boleh gunalah... lain orang lain caranya.

Monday, March 9, 2015

6 CARA TINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA DI HARI ISNIN

Teks : Zurina Julaihi

Assalamua'laikum kepada rakan pembaca blog saya :)...tips di bawah hanya sekadar tips sahaja...kepada yang dapat ikut tu Alhamdulillah..bagus tapi kebiasaannya itu lah yang saya dan kita buat hampir setiap hari kan... Rasa sunyi kalau tak on kan gadget semua.. huhu... :( :(

Walau bagaimanapun Selamat mencuba diucapkan....


Tidak dinafikan Isnin adalah hari paling malas untuk bekerja. Enggan bangun pagi, apalagi memandu ke pejabat. Namun demikian, jangan biarkan perasaan dan tenaga yang menurun mendominasi fikiran serta tubuh anda. Bangkitkan semangat untuk bekerja secara produktif dengan :


  • Hindari beraktiviti di media sosial sewaktu bekerja.
  • Buat pembahagian tugas.
  • Bertanggungjawab pada pekerjaan sendiri.
  • Rapikan meja kerja.
  • Luangkan masa untuk berehat (meregangkan punggung dan kaki selama 15 minit)
  • Jangan terus menerus periksa email atau pesanan ringkas.

Friday, March 6, 2015

TEH..OH..TEH

Teks: Zurina Julaihi

Beberapa tip kesihatan berasaskan TEH :

Kulit kepala sihat dengan teh

Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan ia juga menguatkan akar rambut. 

Teh melegakan kaki yang penat

Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja. 

Teh melegakan luka

Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak. 

Hilangkan bau badan

Teh juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau badan yang tengik dengan cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya tubuh berbau harum sepanjang hari.


Thursday, March 5, 2015

3 MAKANAN TERBAIK SEWAKTU SAKIT PERUT

Teks: Zurina Julaihi


Adalah penting untuk makan makanan yang betul sewaktu sakit. Ini kerana kurang makan akan melambatkan penyembuhan. Misalnya tatkala diserang demam selsema anda perlu memastikan air yang diminum mencukupi dan menikmati hidangan berkhasiat. Tetapi jika anda diserang sakit perut, mengekalkan hidrasi tubuh dan makan hidangan yang lembut adalah cara untuk sembuh lebih cepat. Di bawah diberikan beberapa cadangan :


  1. Biksut cracker dan roti bakar
  2. Pisang
  3. Halia

15 MINIT LEBIH AWAL

Teks: Zurina Julaihi

Apa yang berlaku seharian bergantung pada kualiti pagi anda. Jika anda bangun dengan suasana yang tenang, gembira dan bahagia sudah pasti anda dapat menghadapi hari itu dengan penuh semangat. Oleh itu, anda disarankan kunci jam 15 minit lebih awal. Sekurang-kurangnya anda mempunyai masa untuk bangun perlahan-lahan. Duduk dan memikirkan perkara yang harus dilakukan sepanjang hari. Percayalah, apa yang anda fikir, pasti akan dilakukan dengan baik. 

Bagi aku, keterangan di atas memang ada kebenarannya. Melalui pengalaman sendiri, sekiranya terlajak 10-15 minit daripada waktu bangun yang sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan pagi di rumah menjadi 'huru-hara'. Mulalah aku seperti lipas kudung di rumah, terkejar-kejar di dalam rumah sendiri. Kalau sudah kelam kabut, mulalah marah-marah dengan orang sekeliling, suami ataupun anak-anak. Perasaan moody itu akan terbawa-bawa hingga ke pejabat. Walaupun memang orang kata jangan campur adukkan urusan rumahtangga dengan urusan pejabat. Tetapi sebagai seorang manusia biasa memang perasaan itu tidak dapat dielakkan. In shaa Allah, masih dalam usaha untuk menyediakan keperluan pagi lebih awal atau sebelah malam supaya tidak kelam kabut lagi. 

Untuk aku, 10-15 minit lebih awal tidak mencukupi tapi satu jam lebih awal daripada ahli keluarga yang lain adalah lebih berkesan.

Wednesday, March 4, 2015

7 CARA HENTIKAN TABIAT MAKAN YANG BURUK

Teks: Zurina Julaihi

Sumber : Bacaan waktu senggang.



Makan tidak memberi masalah jika anda berada di rumah kerana semuanya terletak di tangan kita. Tetapi kita tidak duduk di rumah sepanjang masa. Kebanyakkan masa sedar kita dihabiskan di pejabat, sekolah atau pusat membeli belah - tempat di mana kita akan berasa lapar dan 'terpaksa' menuju sama ada ke vending machine, kedai serbaneka atau gerai makan. Lantaran agak sukar untuk kita makan secara sihat, jika itulah pilihan yang ada. 

Di bawah diberi cadangan untuk anda menangani rasa lapar secara sihat. 


  1. Sediakan dan makan banyak sayur dan buah.
  2. Pilih jus buah semulajadi.
  3. Beli produk berasaskan mil penuh atau lengkap. 
  4. Kurangkan makanan terproses dan pilih makanan sebenar.
  5. Pilih salad atau kekacang.
  6. Jauhkan makanan ringan daripada pandangan.
  7. Makan pada masa yang betul.